Pada 19 November lalu dengan resminya keputusan upsr telah diumumkan. Semua guru besar diminta datang ke ppd pada pukul 8.00 pg. Setelah lama menunggu pukul 9.00 pagi barulah keptusan sekolah yang meningkat bilangan semua A diumumkan. Alhamdulillah Sekolah Abdullah termasuk sama. Seramai 21 orang mendapat 5A berbanding 15 orang tahun lalu.Pukul 10.00 pagi diedarkan dan lepastu semua balik ke lokasi masing-masing. Ibubapa dah menunggu.
Tahunni taman sri kesang buat kelainan tidak lagi marhaban ke rumah-rumah alasan nak cuba cara yang baru.Ada sokong dan ada tak sokong.Biasa le tu...Seronok juga dan meriah..
Salam Aidil Fitri untuk semua. Kali ini sungguh bertuah bagi keluarga kami dan bersyukur sebab dapat berjumpa semua adik beradik dan keluarga. So dapat berjumpa keluarga-keluarga yang lain semuanya bergerak berkonvoi sejak raya pertama lagi.
Alhamdulillah pada 15 Ogos lalu satu perhimpunan kemerdekaan telah diadakan di padang Serom Utama yang dirasmikan oleh YAB menteri bersar Johor Dato' Hj.Abdul Ghani Bin Othman. Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut.Antaranya pertandingan perbarisan. SK Abdullah telah mendapat tempat kedua acara kain rentang. Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato'. Tahniah pasukan sekolah. Esoknya penyampaian hadiah telah disempurnakan dalam majlis perhimpunan mingguan sekolah.
Selepas bertungkus lumus berusaha semua guru,ibubapa dan anak-anak yang bakal mengharungi UPSR 2009,maka tidak lupa juga kita memohon kepada Allah s.w.t sebagaimana yang dituntut oleh agama supaya bertawakal kepadaNya. Maka pada 14 Ogos 2009 yang lalu semua warga pendidik,ibu bapa serta anak-anak SK Abdullah pun bermunajad dan bersolat hajat di Masjid Sg.Mati,Ledang. Alhamdulillah sambutan daripada ibubapa sangat menggalakkan.
Pada 5 Ogos lalu sekolah telah mengadakan senaman beramai-ramai sempena Bulan kesihatan... Kami beramai-ramai pun apa lagi berpoco-pocole. Sesungguhnya menjaga kesihatantu adalah penting. Dalam hadis pun kata ia sebahagian daripada iman. Terutama tengah macam sekarangni. Tapi jangan bila dah kena wabak baru nak beringat. Selalunya penyakit berpunca daripada makananlah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakanwaktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
NKRA
-
pagi tadi aku hadir dlm mesyuarat pengurusan dan Taklimat Tawaran baru/New
deals bagi Pengetua/Guru Besar Daerah Muar di SJKC Pu Nan, Bakri. PPD
menerangka...
Melayan anak-anak
-
klik untuk melihat gambar lawatan kami
Cuti rehat yang dirancang mulai 14 hingga 17 Disember 2009, kawan batalkan
kerana dikehendaki mengikuti Mesyuarat / B...
Besarnya tanggungjawab tetapi tiada kuasa
-
Setiap tahun, ada saja perkara yang baru di sekolah. Sama ada terancang atau
'ac hoc' semuanya akan menambahkan beban tanggungjawab pengurus sekolah.
Kalau...