Thursday, August 20, 2009

Pehimpunan Kemerdekaan

Alhamdulillah pada 15 Ogos lalu satu perhimpunan kemerdekaan telah diadakan di padang Serom Utama yang dirasmikan oleh YAB menteri bersar Johor Dato' Hj.Abdul Ghani Bin Othman. Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut.Antaranya pertandingan perbarisan. SK Abdullah telah mendapat tempat kedua acara kain rentang. Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato'. Tahniah pasukan sekolah. Esoknya penyampaian hadiah telah disempurnakan dalam majlis perhimpunan mingguan sekolah.

Solat Hajat UPSR


Selepas bertungkus lumus berusaha semua guru,ibubapa dan anak-anak yang bakal mengharungi UPSR 2009,maka tidak lupa juga kita memohon kepada Allah s.w.t sebagaimana yang dituntut oleh agama supaya bertawakal kepadaNya. Maka pada 14 Ogos 2009 yang lalu semua warga pendidik,ibu bapa serta anak-anak SK Abdullah pun bermunajad dan bersolat hajat di Masjid Sg.Mati,Ledang. Alhamdulillah sambutan daripada ibubapa sangat menggalakkan.

Friday, August 7, 2009

Jaga Kesihatan

Pada 5 Ogos lalu sekolah telah mengadakan senaman beramai-ramai sempena Bulan kesihatan... Kami beramai-ramai pun apa lagi berpoco-pocole. Sesungguhnya menjaga kesihatantu adalah penting. Dalam hadis pun kata ia sebahagian daripada iman. Terutama tengah macam sekarangni. Tapi jangan bila dah kena wabak baru nak beringat. Selalunya penyakit berpunca daripada makananlah.

Monday, August 3, 2009

WAKTU

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.