Wednesday, April 29, 2009

Dah lupa

Balik aje dari ke sekolah banyak perkara nak buat. esoknya balik dari iab kena pg taklimat Sistem Pengurusan Kualiti. Baliknya kena buat apa yang dicadangkan.... hampir lupa nak tengok blok kawan2. maklumle tak biasa.. lainle macam setengah2 kawantu. Maaf ye che hassan

Thursday, April 23, 2009

Hari ke5

Pagi dapat ilmu baru untuk baiki blok. Terima kasih Che Hassan...

Hari ke4

Harini banyak peserta buat kerja sendiri nampaknya. Pensyarah terangkan modul proposal lepastu masing-masing sedut.Lepas tu mula nak belajar laman wed,buat email dan blog.Akhirnya Sarkawi yang teror kenalah tunjukkan buat email dan blog.Mulalah peserta asyik dan tak kisahkan pensyarah.Ada yang mengekek-ngekek dok syok berbalas email.Baru dapatlah katakan....

Wednesday, April 22, 2009

Hari ke 3 Kursus


Bertolak ke Sk Sri Bukit Bintang Utara jam 8.30 bersama-sama 24 GB serta 2 orang pensyarah.Sampai jam9.30 disambut oleh GBnya.Mula dengan taklimat dan seterusnya kebilik perpustakaan dan bilik darjah untuk melihat sendiri bagaimana sekolah bestari menggunakan alatan ict untuk P&P. Sungguh menakjubkan kerana anak-anak bandar memang dah biasa menggunakan komputer.
Selepas lebih kurang jam 2.30 kami bergambar beramai-ramai dan terus bergerak ke Low Yat. Disini semua jenis komputer dan telefon boleh diperolehi. Kami merayau-rayau dan beli sedikit ole-ole.Jam 3.30 bertolak keIAB.

Monday, April 20, 2009

Kursus pengurusan ICT di IAB


Hari pertama sebelah petang belajar bahagian dalam komputer . Baru tahu CPU bahagian dalam dan luar dinamakan sistem unit.

Sunday, April 19, 2009

bina blog

Terima kasih sof kerana ajar buat blog