Tuesday, November 11, 2014

LUPA

Dah lama  tak buka semenjak 2010 hingga kini. Terima kasih rakan guru besar Mur mengingatkan semula ilmu Blog.

Sunday, December 19, 2010


AKTIVITI HARI KELUARGA
Pada 17,18 dan 19 Dis 2010 lalu keluarga ukhwah Hj.Tori telah mengadakan aktiviti pertamanya di Cherating. Sungguh meriah dan tercapai objektif yang telah ditetapkan. Tahniah semuanya yang telah terlibat.....

Tuesday, September 14, 2010

AKTIVITI BERAYA




Beraya tahunni nampaknya taklah berapa meriah. Apataknya malam raya pertama dah ada berita kematian sepupu. Esoknya dikebumikan .Nak ikut rombongan marhaban pun tak seronok. Hari kedua bersama adik-adik yang ada dan ibu bapa ke Segamat melawat emak saudara.

Wednesday, September 8, 2010

Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Dan Sumbangan Raya







Pada 3 September 2010 majlis khatam peringkat sekolah telah diadakan. Pada hari tersebut di sertakan sumbangan kepada anak-anak yatim dan semua murid sekolah. Akhirnya majlis bersalaman. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua dan maaf zahir dan batin. Semuga ceria selalu...

Friday, August 6, 2010

Kursus TQM


Pada 27 hingga 29 Julai lalu 30 orang GB daerah Muar/Ledang berkursus TQM di PKG Pt Bunga.

Tuesday, June 15, 2010

Bercuti Di Cameron Highland









Pada 15 hingga 17 Jun lalu keluarga kami bercuti untuk menenangkan fikiran.




Wednesday, January 27, 2010

TAMAT PROGRAM TRANSISI TAHUN 1





Selepas dua minggu sekolah anak-anak tahun 1 tamatlah sesi transisinya. Alhamdulillah sekarang taklah macam dulu-dulu dimana-anaka-anak cepat bermesra dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Ini semua adalah perubahan yang nyata. Cikgu bolehlah terus mengajar dan mengenalkan sukatan pelajaran. Tambahan program LINUS baru nak di kuatkuasakan tahun ini. Selamat bejuang untuk anak-anak khasnya Sekolah Abdullah.

Sunday, January 10, 2010

PENDAFTARAN SEKOLAH 2010

Selamat kembali ke sekolah Abdullah 2010. Pendaftaran telah dibuat pada 1.01.2010 yang lalu. Pada hari tersebut semua murid telah datang membeli dan membayar keperluan sekolah, Alhamdulillah bayaran tambahan telah dapat kelulusan awal taklah macam tahun lepas. Jadi semua berjalan lancar. Murid tahun 1 dan pra sekolah juga telah mendaftar. Semuanya berjalan lancar. Taklimat kepada ibu bapa tahun satu dapat dilaksanakan dengan lancar.
Ibubapa khusuk mendengar taklimat untuk anak-anak tahun 1

Ibu bapa sedang membuat pembayaran

Sunday, November 29, 2009

Keputusan UPSR 2009


Pada 19 November lalu dengan resminya keputusan upsr telah diumumkan. Semua guru besar diminta datang ke ppd pada pukul 8.00 pg. Setelah lama menunggu pukul 9.00 pagi barulah keptusan sekolah yang meningkat bilangan semua A diumumkan. Alhamdulillah Sekolah Abdullah termasuk sama. Seramai 21 orang mendapat 5A berbanding 15 orang tahun lalu.Pukul 10.00 pagi diedarkan dan lepastu semua balik ke lokasi masing-masing. Ibubapa dah menunggu.

Saturday, October 17, 2009

Taman Beraya









Tahunni taman sri kesang buat kelainan tidak lagi marhaban ke rumah-rumah alasan nak cuba cara yang baru.Ada sokong dan ada tak sokong.Biasa le tu...Seronok juga dan meriah..




Thursday, August 20, 2009

Pehimpunan Kemerdekaan

Alhamdulillah pada 15 Ogos lalu satu perhimpunan kemerdekaan telah diadakan di padang Serom Utama yang dirasmikan oleh YAB menteri bersar Johor Dato' Hj.Abdul Ghani Bin Othman. Pelbagai acara telah diadakan pada hari tersebut.Antaranya pertandingan perbarisan. SK Abdullah telah mendapat tempat kedua acara kain rentang. Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato'. Tahniah pasukan sekolah. Esoknya penyampaian hadiah telah disempurnakan dalam majlis perhimpunan mingguan sekolah.

Solat Hajat UPSR


Selepas bertungkus lumus berusaha semua guru,ibubapa dan anak-anak yang bakal mengharungi UPSR 2009,maka tidak lupa juga kita memohon kepada Allah s.w.t sebagaimana yang dituntut oleh agama supaya bertawakal kepadaNya. Maka pada 14 Ogos 2009 yang lalu semua warga pendidik,ibu bapa serta anak-anak SK Abdullah pun bermunajad dan bersolat hajat di Masjid Sg.Mati,Ledang. Alhamdulillah sambutan daripada ibubapa sangat menggalakkan.

Friday, August 7, 2009

Jaga Kesihatan

Pada 5 Ogos lalu sekolah telah mengadakan senaman beramai-ramai sempena Bulan kesihatan... Kami beramai-ramai pun apa lagi berpoco-pocole. Sesungguhnya menjaga kesihatantu adalah penting. Dalam hadis pun kata ia sebahagian daripada iman. Terutama tengah macam sekarangni. Tapi jangan bila dah kena wabak baru nak beringat. Selalunya penyakit berpunca daripada makananlah.

Monday, August 3, 2009

WAKTU

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.

Friday, July 24, 2009

Nie


Hari ini semua sekolah daerah ledang menerima sumbangan akhbar star daripada menteri besar sebagai sokongan kepada pendidikan untuk melaksanakan peningkatan keberkesanan Bahasa Inggeris disekolah.

Tuesday, July 14, 2009

Seminar Pendidikan Negeri Johor



Pada 14 Julai 2009 MGB Johor telah bersidang di Hotel Sri Malaysia Mersing. Bersama-sama rakan bertolak dari Muar jam 11.00 pagi.Sampai jam 2.00 ptg. Lepas daftar dengar taklimat. Lepastu ronda-ronda cari makan.

Hari pertama sebelah malam dirasmikan oleh pengarah dengan ucaputamanya bermula dengan pembentangan data Johor dalam uppm2. Lepas tu menentukan arah tuju mgb untuk berubah dan menguruskan perubahan.

Hari ke dua bermula dengan ceramah Datok Mary Yap bekas pengetua cemerlang yang bertajuk Blue Ocean. Menarik dan seronok berkonsi pengalamannya. Kini baru faham apa yang dimaksudkan. Slot ke dua taklimat dari Hj Jamali berkaitan kesatuan. Slot petang disampaikan oleh En Sahabudin Bin Ashari(Pak SU) bertajuk "With Heart". Sungguh seronok dan banyak kelakarnya tak mengantuk dan menyentuh hati semua.

Sunday, June 14, 2009

Hari Pertama Penggal 2 Pesekolahan

Hari ini 15 Jun sekolah penggal kedua bermula. Pagi-pagi semasa perhimpunan sekolah bermula banyak perkara yang dah lupa. Sebagai pemimpin kenalah ingatkan semula dalam banyak hal. Yang sedih,yang seronok dan macam-macam kisah boleh didengar dari mulut anak-anak mahupun guru-guru sendiri.

Yang paling menyentuh hatiku ialah seorang ibu datang untuk memaklumkan suaminya baru sahaja meninggal dunia dalam cuti sekolah.Penyakit kansernya telah parah rupanya Sebelum cuti arwah ada jumpa saya untuk hantar anak ke sekolah sebab anaknya cedera dikaki akibat masuk roda motor dan jalan pun bertongkat. Kelasnya ditingkat satu tentulah tak boleh naik. Sementara waktu duduklah sianak ini dikelas bawah untuk menjalani peperiksaan setengah tahun. Kebetulan pada 14 Jun adalah hari bapa. Bayangkan sebagai anak atau isteri macamana...Sebagai guru dan pemimpin sekolah saya cadangkanlah kepada siibu untuk memohon apa-apa bantuan yang boleh kepada sekolah seperti kwapm atau lain-lain kerana punca rezeki telah hilang serta merta.

Sunday, June 7, 2009

Bersama Keluarga Di Cuti Sekolah



Pada 5 hingga 7 Jun lalu saya bersama keluaga merehatkan diri dari tugas masing-masing di Tiara Beach Resort untuk bertemu dengan adik-beradik serta keluarga masing-masing. Seronok juga aktivitinya walaupun tanpa dirancang. Yang paling seronok tentulah anak-anak yang tak sudah sudah berendam di kolam.Setelah seharian bersama-sama terpifikir pula untuk menentukan perkara yang berfaedah untuk masa depan anak. Antara bercadang menubuhkan kelab keluarga dan bercadang untuk mengadakan satu aktiviti kekeluargaan dan pelbagai aktiviti dicadangkan. Antaranya mengumpulkan dana untuk membiayai keperluan keluarga jika ada yang ditimpa musibah. Ahli jawatankuasa juga telah dilantik antara kalangan kelluarga... Insya Allah aktiviti akan dilaksanakan nanti.

Sunday, May 24, 2009

Guru j-QAF


Pada 23/05/09 yang lalu semua guru j-QAF telah berkumpul di Dewan sekolah saya atas arahan PPD untuk taklimat daripada ketua sektor pendidikan islam Jabatan Pelajaran Johor Hj.Hassan Bin Essa mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 tgh.

Sungguh bertuah guru-guru yang telah dilantik kerana kebanyakkan adalah lepsan ijazah pelbagi bidang lepasan Mesir,Jordan dan sebagainya. Atas usaha Pak Lah yang lalu telah memberi peluang untuk mereka mendapat pekerjaan. Walau bagaimanapun ada setengahnya masih tindak dapat menunjukkan sifatnya sebagai guru agama walaupun ilmu tinggi. Tak tahulah dimana silapnya.

Pada dasarnya ia diujudkan untuk membantu anak-anak kita menguasai jawi,Quran dan fardhu ain selepas meninggalkan sekolah rendah. Kini sudah masuk tahun 5 muridnya. sejauh mana keberkesanannya sama-samalah kita tunggu. Masalah tetap ada dalam melaksanakannya. Pemautauan yang berterusan sebagai pemimpin sangatlah dituntut supaya ia berjaya. Ini diingatkan oleh ketua sektor. Walau apapun cara perlaksanaannya,dasar jangan dilanggar. Semuga usaha yang mulia ini akan tetap berjaya demi masa depan anak bangsa kita...

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat hagi guru kepada semua guru-guru.Semuga diberikan kekuatan untuk terus medidik anak bangsa selaras dengan tema tahun ini iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa". Semua sekolah di Johor mengadakan serentak pada 18.05.09 yang lalu. Sekolah saya macam biasalah perhimpunan di Dewan diadakan sebelah pagi. Walau bagaimanapun sekolah ini telah membuat tahlil dan doa selamat terlebih dahulu pada 15 Mei sebagai tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa.
Keesokan harinnya pada 16.5.09 sepatutnya diadakan sambutan hari guru,tapi sekolahni tak gitu sebab terpaksa buat kursus dalaman berkenaan pencegahan dan penghapusan virus komputer. Semua guru nampak bersemangat maklumlah mungkin sempena hari guru agaknya tambahan pula guru besarnya baru balik berkursus benrkenaan pengurusan ict.
Berbalik dengan sambutan hari guru tadi berbagai hadiah telah diterima dikalangan rakan-rakan,pembekal peralatan sekolah dan juga anak-anak. Sudah tentulah sebagai wakil ibubapanya yang hendak menyampaikan tanda penghargaan dan terima kasih kepada guru yang telah membimbing anak mereka selama ini. Agaknya...